Wednesday, September 8, 2010

AdilFitri 1431H

Salam semua,

Nda esuk, lusa kitani menyambut hari raya adil fitri 1431H. Nda kerasahan sebulan dh kita berpuasa.. sighs.. Adakah kita berusaha menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadhan? Muhasabah diri sendiri saja tah ah.. Kerana hanya Allah sahaja yang tau apa yang kita kerjakan.. Secara terang mahupun sembunyi.. Semoga kita nda terlapas mlm Qadar saja.. Mlm yang penuh rahmat dan berkat lebih dari seribu bulan.. seribu bulan wah tue... Thats a lot wah.. SubhanAllah.. How Beneficent is Allah to us? Adalah satu kerugian yang besar bagi orang-orang yang melepaskan mlm qadar dengan tidak berdoa atau beribadat..

Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat Subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut." (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir - 6341). Dipetik dari Soal Jawab Puasa.

Bagaimana dengan Zakat Fitrah? Sudahkah abiskita membayar? Bayar tah if balum.. nda jua banyak tue.. Nda sampai 3 ringgit pun seorang.. If biskita mampu online dan membaca ani, so insyaAllah membayar zakat fitrah pun mampu jua kan tue.. Zakat ani salah satu rukun islam yang lima.. so wajiblah kitani tunaikan.. InsyaAllah zakat ani bukannya mengurangkan harta kitani.. Malahan menambah pulang lagi tue.. Lagipun mengeluarkan zakat fitrah ada fadilatnya mcm membersihkan jiwa dari bersifat karit dan menampung kekurangan kita semasa puasa.

Dikedatangan bulan syawal ani.. Semoga kita semua masih mengamalkan solat lima waktu dan membaca Al-Quran.. Rajin2tah melawat sanak saudara atau sahabat handai dengan niat untuk mendekatkan dan mengeratkan lagi Silaturrahim..

Dengan ini saya ingin mengucapkan TaqabbalAllah Minna Wa Minkum, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin jika ada salah, silap, terkasar, tersinggung, tersindir, terucap dan sebagainya..