Monday, October 25, 2010

Badminton 2010 (Bahagian Akhir)

Salam semua,

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah yang Maha Esa kerana dengan izinnya jua, Kejohanan Badminton 2010 Sempena Sambutan Jubli Emas Jabatan Tanah telah selasai diadakan pada 24 October 2010 dengan lancar dan sempurna.. Nda pulang sempurna bnar sal nda jua dapat dinafikan terdapat serba sedikit masalah yang timbul.. kami mencuba menyelesaikan masalah tersebut secara rasional dan terbaik.. Good thing jua is that kami dapat menghabiskan kejohanan ani dalam masa satu hari suntuk.. Walaupun nda brapa yakin ia dapat dihabiskan dalam satu hari tapi kami mencuba sedaya upaya jualah untuk menggunakan masa dengan hemat..

Kepada warga penaksiran yang bertungkus lumus menyediakan hadiah, program, jamuan kelengkapan, cenderahati, berlatih, jurufoto dan sebagainya.. tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih for all the efforts dan sal sudi meluangkan masa pada kejohanan tersebut untuk membantu menjayakannya dengan lancar dan sempurna..

Here is some pictures during the tournament.. Enjoy the pixs.. and tq cameraman for the pixs..

Hadiah Piala Pusingan

Gambar kenang-kenangan terdiri (terduduk) dari pemain dan jawatankuasa yang bertugas pada kejohanan tersebut.. Siapa2 yang nada gambarnya dalam ani sabar saja ah atau boleh jua buat aduan tidak rasmi kepada blog ani..

Sebahagian dari jawatankuasa pendaftaran dan pemain..

Last minit editing cenderahati untuk Tetamu Kehormat..

Perlawanan pertama diantara Bhg Penaksiran berlawan dengan Pejabat Tanah Daerah Brunei Muara.. Sal ia first game.. neves kali ah... hehe..

Pemain yang mewakili regu lelaki bhg II

Perlawanana ketika regu bebas lelaki..

Pasangan regu wanita bebas kami.. Tahniah kerana banyak kali manang dalam kejohanan tersebut..

Kalau kan mau tau napa pemain ani ketawa.. Terpaksa tah tanya orang punya badan tu ah.. Saya sendiri pun kurang pasti nie.. Share-share saja nanti..

Ani adalah salah seorang emcee kami.. bukannya ia paning pala mcm orang exam tue..

Ani kira membagitau dengan bangga ia kalah dah dua game.. ish ish ish.. bangga tia pulang..

Diantara jawatankuasa kejohanan badminton..

Penjaga Piala Pusingan kami nie.. Mesti fit iatah banyak minuman 100 campur..

Jadi pemain pun boleh.. Jadi pengadil perlawanan pun boleh... serba boleh..

Ani jadi pemain pun boleh.. jadi model pun boleh jua.. serba boleh jua lah..

Ani pun sama jua.. jadi penjaga garisan pun boleh.. Tdo time menjaga pun boleh.. Serba boleh jua lah...

Pengurus Pasukan menerima Cek Juara dari Tetamu Kehormat..

Ala-ala pengurus pasukan menerima Piala Iringan

Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat dari Pengerusi Kejohanan..

Gambar ramai bersama Juara, Naib Juara dan jawatankuasa kejohanan berserta Tetamu kehormat..

Gambar ramai dari warga penaksiran dengan Tetamu Kehormat.. So nda jua perlu dibagitau sapa manang kali ah? :)

Sunday, October 17, 2010

Badminton 2010... Lagi..

Salam semua,

InsyaAllah pada hari Ahad, 24hb October 2010, akan diadakan Perlawanan Badminton 2010 Sempena Sambutan Jubli Emas Jabatan Tanah.. Perlawanan ini ditunda dari bulan Ogos kerana Majlis Pengeranan di Kuala Belait.. So kami telah bermuzakarah dan menetapkan 24.10.2010 sebagai tarikh perlawanan yang baru..

Mengikut rancangan awal, perlawanan akan dibuat sebanyak dua hari iaitu Pusingan Awal pada Ahad, 24.10.2010 dan Pusingan Akhir pada Jumat, 29.10.2010.. Akan tetapi seperti kata pepatah.. kita hanya mampu merancang dan Allah jua yang Maha Mengetahui.. We were inform dewan sebenarnya sudah ditempah awal.. so lagi kami terpaksa mengalah dan mengubah jadual perlawanan menjadi satu hari bulat..

Oleh itu kami sebagai penganjur memohon kerjasama dari semua pasukan supaya akan dapat datang awal pada hari perlawanan tersebut dan diharapkan dapat sama-sama membantu penganjur dari segi teknikal seperti umpire dan penjaga garisan..

Warga penaksiran yang nda turut serta bermain adalah secara tidak langsung menjadi jawatankuasa perlawanan dan adalah sangat-sangat diharapkan untuk membantu menjayakan perlawanan ini supaya berjalan dengan lancar..

Thats all for now... hope to see all teams on sunday.. so please do come early and bawa shuttle Yonex 5!! :) Best of luck to all..

Tuesday, October 5, 2010

Sambutan Hari Raya Jabatan Tanah

Salam semua,

Jabatan Tanah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431H / 2010M pada 1hb October 2010.. Sambutan itu diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong bermula dalam kul 2 lalu sampai kul 545 ptg plus minus 16 sec... Badan Sosial Jabatan Tanah memainkan peranan utama dalam menjayakan sambutan tersebut dan of courselah dibantu oleh bahagian2 dan daerah2 lainnya.. Seperti biasa sambutan includes jamuan, persembahan pentas dan pondok2, cabutan bertuah dll..

Bahagian Penaksiran diamanahkan untuk menghias pentas, kelengkapan dan kebersihan. Walaupun bunyi macam banyak kraja tapi awu lh.. memang plg banyak... hehe.. but it was all good.. dan tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada warga penaksir kerana sama2 menolong mengangkat, menyusun, memanyap dan membersih dewan sampai ada yang berkraja waktu malam.. basically for keeping our section integrity and pride at its best..

Mungkin dapat kitani kaitkan semangat bantu membantu dan tolong menolong ani dengan hadis Nabi s.a.w. mengenai hak persaudaraan iaitu daripada Abu Musa al-Asy'ari, Nabi s.a.w. bersabda "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saat yang terindah dan sangatlh manis on that day was pengumuman siapa memenangi kaunter terbaik.. dis is becoz we work hard on it.. we reli do.. nda plg semua kerja keras lh.. p most of us did.. so we are reli eager and anxious to know who won.. which we finally found out that day jua lah.. tapinya kan.. alum gi ada gambar2 kaunter atau semasa sambutan ari atu so the pixs will be upload nanti..

The most surprising thing about that day jua ialah sal persembahan pentas.. ialah since kami hanya mampu berlatih kira-kira satu jam saja sal sibuk dengan tugas yang diberikan seperti ada yang menyusun krusi meja dan ada yang menghias pentas.. tapi walau bagaimanapun kami memperolehi tempat yang ke 3! hehe.. but insyaAllah persembahan atu wont be upload.. malu ler.. :)

Akhir sekali kepada tukang tukul, tukang gergaji, tukang angkat, tukang liat, konsultant, interior designer, buruh kasar, tukang gunting, tukang gam, tukang bagi semangat, tukang komplen, tukang hal ehwal duit, tukang makan dan semualah tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih atas kerja keras abiskita semua.. tanpa kerjasama abiskita segalanya mungkin tidak akan berjalan dengan lancarnya.. dan sebagai umat islam kita perlu ingat dan sentiasa bersyukur kepada Allah dan redha kerana semua yang terjadi dan inda terjadi adalah dengan izinnya jua..

Wednesday, September 8, 2010

AdilFitri 1431H

Salam semua,

Nda esuk, lusa kitani menyambut hari raya adil fitri 1431H. Nda kerasahan sebulan dh kita berpuasa.. sighs.. Adakah kita berusaha menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadhan? Muhasabah diri sendiri saja tah ah.. Kerana hanya Allah sahaja yang tau apa yang kita kerjakan.. Secara terang mahupun sembunyi.. Semoga kita nda terlapas mlm Qadar saja.. Mlm yang penuh rahmat dan berkat lebih dari seribu bulan.. seribu bulan wah tue... Thats a lot wah.. SubhanAllah.. How Beneficent is Allah to us? Adalah satu kerugian yang besar bagi orang-orang yang melepaskan mlm qadar dengan tidak berdoa atau beribadat..

Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat Subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut." (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir - 6341). Dipetik dari Soal Jawab Puasa.

Bagaimana dengan Zakat Fitrah? Sudahkah abiskita membayar? Bayar tah if balum.. nda jua banyak tue.. Nda sampai 3 ringgit pun seorang.. If biskita mampu online dan membaca ani, so insyaAllah membayar zakat fitrah pun mampu jua kan tue.. Zakat ani salah satu rukun islam yang lima.. so wajiblah kitani tunaikan.. InsyaAllah zakat ani bukannya mengurangkan harta kitani.. Malahan menambah pulang lagi tue.. Lagipun mengeluarkan zakat fitrah ada fadilatnya mcm membersihkan jiwa dari bersifat karit dan menampung kekurangan kita semasa puasa.

Dikedatangan bulan syawal ani.. Semoga kita semua masih mengamalkan solat lima waktu dan membaca Al-Quran.. Rajin2tah melawat sanak saudara atau sahabat handai dengan niat untuk mendekatkan dan mengeratkan lagi Silaturrahim..

Dengan ini saya ingin mengucapkan TaqabbalAllah Minna Wa Minkum, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin jika ada salah, silap, terkasar, tersinggung, tersindir, terucap dan sebagainya..

Sunday, August 22, 2010

16th AVA Congress

Salam semua,

Macam mana dengan puasa abiskita? Mudahan ianya sangat memuaskan serta abiskita mengambil peluang 'bonus' bulan ini kerana dibulan Ramadhan segala amal ibadah yang kita kerja akan dilipat gandakan teramat banyak sangat.. InsyaAllah..

Dibulan Ramadhan ini jua ada disiarkan ceramah Ramadhan Karim oleh Mantan Menteri Ugama kita.. And the interesting part of his ceramah beside the content ialah Pehin mengunakan bahasa Brunai.. So iatah cuba kan mengikutkan jua dalam post ini.. kita cuba ah...

Pada 22 hingga 24 Julai ari atu, Asean Valuation Association Congres telah diadakan di Dusit Thani, Bangkok, untuk kali yang ke 16. Kongres bertemakan 'Towards a New Era of Valuation Department' dan diantara isi kandungan kongres ialah lapuran hartanah dari negara2 ASEAN yang ikut serta, kertas kerja dari segi teknikal seperti pinjaman gadaian, pendidikan dan membincangkan mengenai Asean Valuation Standard.

Kalau kan mau tau dengan lebih lanjut mengenai dengan AVA seperti objektifs, negara-negara yang terlibat dan ahli-ahlinya bolehlah melayari laman web www.aseanvaluers.org.

Kongres taun ani, Brunei Darussalam mengantar wakil seramai 6 org.. 3 dari Jabatan Tanah Kementerian Pembangunan, 2 dari sektor swasta dan seorang lagi ialah lecturer dari Sultan Saiful Rizal Technical College.

So saya akan menunjukkan ckit gambar2 masa kongres.. ckit ja nda banyak nie..



Hmmm tangan siapakan tu ah??


Ni masa mesyuarat pertama masa 1st day/night disana..


Ani masa pembukaan rasmi AVA.. Orang2 yg berdiri d dapan a2 is the Chief Delegate dari negara Asean. dan dibelakang is the boy scout holding each country's national flag.


Anilah wakil-wakil yang hadir di kongres atu.. 6 org kan semuanya? :D lau nda caya kira tia g..


Ani is the Chief Delegate dari Brunei Darussalam sedang memberi ucapan sepatah dua..

Again during one of the meetings held during the congress..


This the handing over ceremory.. Host AVA Congress seterusnya ialah Brunei Darussalam dan thats the former AVA President from Thailand presenting a 'gold medal' to the new AVA President from Brunei Darussalam. Emas bnar!


This is the officials during the Congress which consist of the Chief Delegates from the Asean Countries,the new and former Secretary General and the treasurer.


Ani kami saja2 naik kepentas kan gambar dapan diorg wah.. hehe.. Ngaleh wah kami duduk mendgr..

Ani bruth gambar kami beramai... So hope to see all of you guys again in Brunei 2012!!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Karim

Salam semua,

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana dengan izinnya jua berjumpa kita lagi di bulan yang mulia penuh berkat iaitu bulan Ramadhan Mubarak.. Semoga dengan kehadiran bulan ini bolehlah kiranya kita mengambil kesempatan dan beramal dan membuat kebajikan yang berlipat ganda.. If last year we did just ok, maybe this year we will do better..

Dibulan ini juga kita dapat mengerjakan solat terawikh.. Alhamdulillah ramailah orang yang datang memenuhkan masjid untuk sama-sama solat terwakikh berjemaah.. tak kira lah sama ada untuk 8 rakaat, 12 rakaat mahupun 20 rakaat.. yang penting kita solat sunat terawikh.. kerana solat sunat terawikh adalah sunat muakkad.. iaitu sunat yang sangat2 digalakkan..

Laman web Dr Asri dan Ustaz Shauqi ada menghurai sedikit tentang jumlah Solat Sunat Terawikh dan saya ingin mengambil sedikit dan mengkongsikan bersama abiskita jualah.. Akan tetapi ada baiknya jua if pembaca meluangkan sedikit masa and click the hyperlink and read the content.. Supaya lagi faham dengan jelas.. insyaAllah..


Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasullah s.a.w. pada bulan Ramadhan, jawab beliau:
"Rasulallah s.aw. tidak pernah melebihi sebelas rakaat sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun selainnya" - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) from Dr Maza


Baginda pernah ditanya mengenai solat malam lalu baginda menjawab "Dua rakaat, dua rakaat, jika seseorang kamu bimbangkan masuknya waktu subuh maka dia solatlah satu rakat sebagai solat witir" - (Hadith riwayat - al Bukhari dan Muslim) from Ustaz Shauqi

Justeru apabila dilihat pendapat para ulama yang mu'tabaar, akan didapati bahawa bilangan rakaat solat sunat terawikh tidak terikat dgn bilangn tertentu. Menurut Jumhur ulama pula iaitu yang terdiri daripada ulama aliran mazhab Syafie, Hanafi, yang rajih di sisi Imam Ahmad, al-Thauri, Daud dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa bilangan solat terawikh ialah 20 rakaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihagi dan selainnya yang bermaksud:
"Bahawasanya mereka (sahabat-sahabat) nabi, mendirikan solat (Terawikh) dalam bulan Ramadhan pada zaman Umar bin al'Khattab dengan 20 rakaat." (Telah mensahihkannya al-Hafiz al-Iragi dan al Subki) - from Ustaz Shauqi


So basically if ulama-ulama yang lebih berpengetahuan lebih warak dari kita pun berbeza pendapat apatah lagi kitani.. biar tia kita flexible dalam ani.. siapa kn mau mendapat pahala banyak... solat lah byk2.. :)

Akan tetapi sama-sama lah kita beringat untuk menjaga adab tika didalam masjid..
Semoga Allah mengampuni dan memberi petunjuk kepada mereka-mereka yang
  • berjalan didapan org yang sedang solat
  • membuat bising didalam masjid
  • suka merenggangkan saf
  • membiarkan telefon bimbit berbunyi nyaring2 n batah2..

Akhir sekali jika terdapat kesilapan, terkasar bahasa dan seumpamanya.. Saya ingin memohon maaf zahir dan batin.. Semoga amal dan ibadat kita diterima Allah dan mendapat ganjaran dari Nya.. Amin..

Thursday, August 5, 2010

Only in the movies

Salam semua..

Untuk makluman bersama, perlawanan badminton yang sepatutnya diadakan ari ahad ani, terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkn kemudian.. sal membagi laluan kepada Majlis Pengeranan Tanah Kurnia di Daerah Belait Isnin, 9hb Ogos.

Oleh itu wlp kami sedaya upaya merancang untuk menjayakan perlawanan ini, kita hanyalah mampu merancang dan Allah yang maha Esa jualah penentu semuanya.. Sesungguhnya hanya Allah saja yang maha mengetahui akan semua perkara yang nyata mahupun yang tersembunyi..

Mungkin ada jua hikmah atau kebaikan disebalik ani.. mungkin jua jika perlawanan ini tidak habis sehari seperti yang dirancang.. Thats why kami redha dan akur dengan nasihat Pesuruhjaya Tanah supaya perlawanan ini ditunda..

Its only in the movies that everything runs smoothly as organized.. dan hakikat sebenar tidaklah semudah yang kita tonton di kaca TV atau di wayang.. Kita sebagai umat Islam wjaib percaya dan redha akan Qada dan Qadar.. Kerana itu adalah salah satu rukun Iman.. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu..

Semoga Majlis Pengeranan nanti akan berjalan dengan sempurna dan Selamat Menyambut Kedatangan bulan Ramadhan yang akan menjelang dalam beberapa hari lagi, InsyaAllah..

Friday, July 30, 2010

Badminton 2010

Salam semua,

Pada tahun ini Badan Sukan Jabatan Tanah telah mengamanahkan Bahagian Penaksiran untuk mengendalikan Perlawanan Badminton diantara Bahagian dan Daerah sempena Sambutan Jubli Emas Jabatan Tanah.
Bahagian Penaksiran pun menerima amanah tersebut dan sedang rancak mengurus hal-hal yang berkaitan untuk mengadakan perlawanan tersebut.

Memang diakui macam-macam masalah yang berbangkit sepanjang pengurusan ini seperti penukaran tempat bermain kerana dewan awal yang sudah maklum dibooking tapi kemudian dimaklumkan tidak ada kekosongan. mcm2 jua eh.. tulah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan semuanya..

Akan tetapi kami semua perkara berbangkit dapat diatasi insyaAllah dan perlawanan akan berlangsung seperti yang dirancang.. Oleh itu diharap kerjasama semua yang terlibat untuk datang pukul awal... seperti pepatah kita.. awal abis awal abis.. apakan.. hehe..
Terima Kasih..



Tuesday, July 27, 2010

Buat Renungan Bersama

Salam semua..

Here is an interesting and informative article i found from Blog Ustaz Shauqi.. Untuk renungan bersama.. It mention something about pertengahan bulan Syaaban atau nisfu Syaaban.. Quite interesting info..


Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.


Artikel dari Dr MAZA juga ada menyata maklumat mengenai Fadilat Bulan Syaaban.. Please do visit this website http://drmaza.com/home/?p=1192.

Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah jua..

Sunday, June 27, 2010

KLIA Field Visit

Salam semua,


Plant and Machinery Valuation is something new to us especially who participated in the 4 week course in INSPEN.. That is why we find the course to be of high value to us.. Eventhough the odds of doing such valuation in the near future is slim but nonetheless it enriches our limited knowledge and widen our views on methods of valuation.. It indirectly helps us prepare for the future when such valuation is very much needed..

So diantara tempat lawatan kami ialah Kuala Lumpur International Airport (KLIA), we were given a special one day pass which even allow us to go into secure areas.. We have to go to these areas in order to understand its functions and process.. n supaya ada feel.. hehe.. sal blajar saja dlm kelas nda cukup.. perlu jua hands on practise lagi bagus...

So i will just show you few pics during our visit to KLIA.. it was a day trip sal kmi divided into 3 groups... so setiap group ada peluang untuk bertanyakn soalan kepada pegawai bertugas and kepada pegawai INSPEN yang turut hadir untuk membantu membuat group work...

Enjoy the pics..










Sunday, May 16, 2010

MTCP 2010

Salam semua..

Pada bulan april yang lalu, dua orang warga penaksiran dan seorang dari jabatan bandaran diterima untuk mengikuti Malaysia Technical Cooperation Programme atau pendeknya kita panggil MTCP. Salah satu institusi yang mengendalikan program tersebut adalah Institute Penilaian Negara (INSPEN), Malaysia.

Kursus berjalan selama lebih kurang 4 minggu dan dihadiri wakil dari pelbagai negera seperti Peru, Jamaica, Morocco, Sudan, Bhutan, Lesotho dan banyak lagi. Secara iklas saya katakan semua peserta memang best, friendly and something like that.. hehe..

Pegawai dan kakitangan inspen semua baik2.. so far no complen dari kmi lh.. dey help us with our difficulties such as internet connection, ada orang sakit2 tia, baca yasin di bilik lh.. kna bawa kn makanan lh.. kn berjln tia g n mcm2 lagilh.. so di shortcut kn cerita.. dey were helpful in any ways they can.. tq again.. nda perlu sebut nama wh ah? hehe.. paham2 saja sapa orangnya..

Hmm apa gi ah? hmmm... i'll just show u few pictures during the 4 wk course... the pixs will be in phases so it will take quiet some time.. So if any of you have any queries.. please DO HESITATE to ask.. and yes! u read it correctly.. :)



The main building of inspen.. Its a 7 storey building.. and that guy is from Jamaica.. and he is really tall! bnar! hehe..



and this is our hostel building.. ith pat kami tdo nie.. :) and kami kna gto dt bangunan ani bru jua siap few weeks b4 kami dtg lh.. kira kami jua pengguna pertama tue.. bangga eh.. hehe.. Dlmnya pun not bad.. some even say its lyk a hotel.. bnar! m not paid to say dis wat.. and my room is on the third floor n 2nd window from the left.. nampak tue tv flatscreennya.. if msh nda nampak, try to look closer.. and you just might be lucky and hit ur head to the monitor :)



The opening ceremony was officiated by tetamu kehormat Y.Bhg. Dato' Abdullah Thalith bin Md Thani, Ketua Pengarah Penilaian.



As you can see tetamu kehormat berjarah dengan salah seorang peserta mtcp selepas acara pembukaan rasmi.. Ngam g berjarah sama atuk atau pun pak lebai kami tue.. hehe..



Sesi bergambar ramai dengan peserta mtcp, pegawai inspen and jemputan.. Masa acara pembukaan ani, para peserta mtcp dikehendaki memakai pakaian tradisi masing-masing.. dts y you can c the different kinds of clothing..



Ani msa kami bru berjumpa masih malu-malu.. bkn msa ani saja pulang yg bnarnya.. mmg jua kmi ani pemalu, berbudi bahasa dan sopan santun.. hensem2 lagi .. hehe.. jgn jeles..



Gambar kenang-kenangan dgn peserta and kakitangan inspen..




Diantara peserta MTCP 2010 yang dtg dari dekat mahupun jauh seperti negara Lesotho, Bhutan, Sri Lanka, Ghana, Swaziland, Eritera dan Sudan..



Ani ilh semasa sessi ground dynamic (GD) yang diadakan pada hari kedua dan ketiga.. GD merupakan ice breaking session supaya peserta kursus akan lebih mengetahui dan mengenali rakan-rakan yang lain dalam masa yang singkat..



Ani ilh diantara aktiviti yang diadakan.. ani kira mcm menyambung cerita dari seorg ke seorg yang lain.. and its quite fun especially towards the end...



Sesi gmbr ramai pas habis GD selama dua hari.. n nda perlu disebut kumpulan mana yg manang lh.. sal semua pun dpt hadiah.. :)



so more pixs to come nanti g insyaAllah..