Salam semua,
Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana dengan izinnya jua berjumpa kita lagi di bulan yang mulia penuh berkat iaitu bulan Ramadhan Mubarak.. Semoga dengan kehadiran bulan ini bolehlah kiranya kita mengambil kesempatan dan beramal dan membuat kebajikan yang berlipat ganda.. If last year we did just ok, maybe this year we will do better..
Dibulan ini juga kita dapat mengerjakan solat terawikh.. Alhamdulillah ramailah orang yang datang memenuhkan masjid untuk sama-sama solat terwakikh berjemaah.. tak kira lah sama ada untuk 8 rakaat, 12 rakaat mahupun 20 rakaat.. yang penting kita solat sunat terawikh.. kerana solat sunat terawikh adalah sunat muakkad.. iaitu sunat yang sangat2 digalakkan..
Laman web
Dr Asri dan
Ustaz Shauqi ada menghurai sedikit tentang jumlah Solat Sunat Terawikh dan saya ingin mengambil sedikit dan mengkongsikan bersama abiskita jualah.. Akan tetapi ada baiknya jua if pembaca meluangkan sedikit masa and click the hyperlink and read the content.. Supaya lagi faham dengan jelas.. insyaAllah..
Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasullah s.a.w. pada bulan Ramadhan, jawab beliau:
"Rasulallah s.aw. tidak pernah melebihi sebelas rakaat sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun selainnya" - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) from Dr Maza
Baginda pernah ditanya mengenai solat malam lalu baginda menjawab "Dua rakaat, dua rakaat, jika seseorang kamu bimbangkan masuknya waktu subuh maka dia solatlah satu rakat sebagai solat witir" - (Hadith riwayat - al Bukhari dan Muslim) from Ustaz Shauqi
Justeru apabila dilihat pendapat para ulama yang mu'tabaar, akan didapati bahawa bilangan rakaat solat sunat terawikh tidak terikat dgn bilangn tertentu. Menurut Jumhur ulama pula iaitu yang terdiri daripada ulama aliran mazhab Syafie, Hanafi, yang rajih di sisi Imam Ahmad, al-Thauri, Daud dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa bilangan solat terawikh ialah 20 rakaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihagi dan selainnya yang bermaksud:
"Bahawasanya mereka (sahabat-sahabat) nabi, mendirikan solat (Terawikh) dalam bulan Ramadhan pada zaman Umar bin al'Khattab dengan 20 rakaat." (Telah mensahihkannya al-Hafiz al-Iragi dan al Subki) - from Ustaz Shauqi
So basically if ulama-ulama yang lebih berpengetahuan lebih warak dari kita pun berbeza pendapat apatah lagi kitani.. biar tia kita flexible dalam ani.. siapa kn mau mendapat pahala banyak... solat lah byk2.. :)
Akan tetapi sama-sama lah kita beringat untuk menjaga adab tika didalam masjid..
Semoga Allah mengampuni dan memberi petunjuk kepada mereka-mereka yang
- berjalan didapan org yang sedang solat
- membuat bising didalam masjid
- suka merenggangkan saf
- membiarkan telefon bimbit berbunyi nyaring2 n batah2..
Akhir sekali jika terdapat kesilapan, terkasar bahasa dan seumpamanya.. Saya ingin memohon maaf zahir dan batin.. Semoga amal dan ibadat kita diterima Allah dan mendapat ganjaran dari Nya.. Amin..